Khutbah Solat Sunat Gerhana
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
.
Khutbah Pertama
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَجَعَلَ الظُّلُمَاتِ وَالنُّورَ ۖ ثُمَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِرَبِّهِمْ يَعْدِلُونَ . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى عَبْدِكَوَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. أَمَّا بَعْدُ فَيَا أَيُّهَا المُؤْمِنُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ.
Marilah kita sama-sama meningkatkan
keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan
sebenar-benar taqwa, iaitu istiqamah dalam mengerjakan segala
suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Dengan yang demikian,
mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang terbaik dan unggul serta
mendapat keredaan Allah Subhanahu Wata’ala di dunia dan di akhirat.
.
Muslimin / muslimat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 38 – 40 surah Yaasiin:
وَآيَةٌ لَهُمُ اللَّيْلُ نَسْلَخُ مِنْهُ النَّهَارَ فَإِذَا هُمْ مُظْلِمُونَ وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا ۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِوَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّىٰ عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ لَا الشَّمْسُ يَنْبَغِي لَهَا أَنْ تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِۚ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ.
“Dan lagi
dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan
siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam
gelap-gelita; Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari;
ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah
takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; Dan bulan pula Kami
takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir
peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya – (berbentuk
melengkung) seperti tandan yang kering.(Dengan ketentuan yang
demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula
tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar
terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.”
.
Kita baru sahaja menyaksikan kejadian
gerhana bulan pada bulan Jun yang lepas dan pada malam ini kita dapat
sekali lagi sama-sama menyaksikan kejadian gerhana bulan penuh. Kejadian
ini mengajak kita untuk menambahkan lagi keimanan tentang kehebatan dan
kekuasaan Allah Subhanahu Wata’ala sebagai Pentadbir seluruh alam,
segala peredaran cakerawala, bumi, bulan, matahari dan seumpamanya.
Peredaran bulan dan matahari yang teratur setiap hari secara
berganti-ganti, matahari beredar di waktu siang, manakala bulan beredar
di waktu malam adalah atas kudrat dan iradat Allah Subhanahu Wata’ala
jua. Ia mempunyai hikmat dan tujuan tersendiri antaranya bagi tujuan
membolehkan manusia untuk bekerja pada siang hari dengan mudah dan pada
malam hari pula dapat berehat dan bermunajat kepada Allah dengan tenang.
.
Pergerakan matahari dan bulan yang
teratur dan tetap juga dapat digunakan oleh manusia untuk dijadikan
kalendar tahunan samada berdasarkan pergerakan matahari bagi kalendar
Masihi dan mengikut peredaran bulan bagi taqwim Hijrah. Oleh itu setiap
kejadian yang berlaku termasuk gerhana bulan pada malam ini adalah untuk
mengetuk hati kita agar bersyukur dan mengingati Allah sepanjang masa
dan tempat. Kita sentiasa diminta agar berfikir tentang kejadian alam
ciptaan Allah dalam mengenali sifat-sifat Allah dan juga mengakui diri
kita sebagai hamba yang serba lemah.
.
Muslimin / muslimat yang diberkati Allah,
Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Ibrahim ayat 33:
سَخَّرَ لَكُمُ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ دَائِبَيْنِ ۖ وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ.
“Dan Dia
juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar untuk
kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi
faedah hidup kamu.”
.
Kejadian gerhana bulan dan matahari
menunjukkan kepada kita bagaimana kedua kejadian ini walau pun hebat
tetapi berada arahan dan perintah Allah. Walau bagaimana pun hebat dan
kuat sesuatu kejadian Allah namun ia mempunyai kelemahan di mana
kehebatan dan kekuatan yang tidak akan kurang walaun sedikit hanya milik
Allah. Betapa malangnya sekira ada umat manusia yang menjadikan bulan,
matahari dan sesuatu selain Allah sebagai tuhan yang disembah akibat
terpesona dengan kehebatannya yang tidak seberapa sehingga mereka gagal
memahami bahawa adanya kuasa yang lebih hebat yang menciptakan setiap
sesuatu yang mereka kagumi selama ini iaitu Allah. Begitu juga lahirnya
ramai manusia yang hanya merasa bagaimana hebatnya pergerakan bulan,
matahari dan segala cakerawala yang lain di atas landasan orbitnya tanpa
berlakunya perlanggaran antara satu sama lain tetapi golongan ini gagal
menjejaki tentang adanya Allah yang mengatur segala pergerakan
tersebut. Inilah antara kelemahan akal manusia yang terbatas had
kemampuannya di mana tanpa panduan agama maka manusia tidak mampu
mengenali Allah Tuhan Pencipta walau pun terlalu kagum dengan alam
ciptaanNya.
.
Muslimin / muslimat yang dihormati sekalian,
Kejadian gerhana matahari atau bulan,
ianya bukanlah merupakan suatu tanda akan timbul suatu kejadian yang
aneh dan mengkhuatirkan sebaliknya ia menunjukkan antara kehebatan dan
kekuasaan Allah. Kejadian gerhana juga bukanlan disebabkan oleh kematian
atau kelahiran seseorang sebagaimana teguran Rasulullah s.a.w terhadap
para sahabat yang membuat pelbagai andaian tentang kejadian gerhana
matahari yang berlaku berkebetulan dengan hari kewafatan anakandanya
Ibrahim lalu sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
“إن الشمس والقمر آيتانمن آيات الله لا ينكسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فادعوا الله وصلوا حتىينكشف ما بكم (رواه البخاري ومسلم)
“Sesungguhnya
matahari dan bulan adalah 2 bukti daripada tanda-tanda kebesaran Allah
Ta’ala. Kedua-duanya tidak akan gerhana kerana kematian atau hidupnya
seseorang. Maka apabila kamu melihat gerhana keduanya itu maka berdoalah
kepada Allah, dirikanlah sembahyang sehingga hilangnya tanda gerhana
daripada kamu.”
.
Muslimin / muslimat yang diberkati Allah,
Apabila berlaku gerhana, kita sebagai
umat Islam adalah dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
supaya bersegera untuk melakukan perkara-perkara yang berkebajikan
seperti berdoa, berzikir, bersembahyang, bertakbir, bersedekah dan
beristighfar. Sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
[ إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله لا ينخسفان لموت أحد ولا لحياته ، فإذا رأيتم ذلك فادعوا الله وكبروا، وصلوا ، وتصدقوا …… ( البخاري )
“Sesungguhnya
matahari dan bulan adalah 2 bukti daripada tanda-tanda kebesaran Allah
Ta’ala di mana kedua-duanya tidak akan gerhana kerana kematian atau
hidupnya seseorang. Maka apabila kamu melihat gerhana itu maka berdoalah
kepada Allah, bertakbirlah, dirikanlah sembahyang dan bersedekahlah……”
Di samping itu, marilah kita melakukan
perkara-perkara yang berkebajikan dan menghindari daripada melakukan
perkara-perkara mungkar dan maksiat serta perbuatan syirik yang
bercanggah dengan ajaran agama Islam. Mudah-mudahan kejadian gerhana
bulan ini akan menimbulkan keinsafan, menambah serta menguatkan lagi
keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala.
.
Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Ali ‘Imran ayat 190 – 191:
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
“Sesungguhnya
pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukuran malam dan siang, ada
tanda-tanda kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah bagi
orang-orang yang berakal: Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati
Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring
mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi
sambil berkata: Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan benda-benda
ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau maka peliharalah kami dari azab
neraka.”
.
Muslimin / muslimat yang dikasihi sekalian,
Pernah suatu masa Rasulullah s.a.w terus
melakukan solat sunat apabila berlakunya gerhana dengan bacaan yang
panjang dalam kedaan seolah-olah seperti akan berlaku qiamat. Ini semua
mengajar kita semua agar sentiasa ingat kepada hari kematian kita serta
hari qiamat yang begitu dahsyat dengan kehancuran langit dan bumi
termasuk bulan dan matahari. Peringatan ini sewajarnya kita perbanyakkan
terutama bila berlakunya gerhana sebagaimana malam ini.
فرمان الله دالم أية 6 – 12 سورة القيامة :
يَسْأَلُ أَيَّانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ فَإِذَا بَرِقَ الْبَصَرُ وَخَسَفَ الْقَمَرُ وَجُمِعَ الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ يَقُولُ الْإِنْسَانُ يَوْمَئِذٍ أَيْنَ الْمَفَرُّكَلَّا لَا وَزَرَ إِلَىٰ رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ الْمُسْتَقَرُّ.
“Dia
bertanya (secara mengejek): “Bilakah datangnya hari kiamat itu?” Maka
(jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi
terpendar-pendar (kerana gerun takut), Dan bulan hilang cahayanya, Dan
matahari serta bulan dihimpunkan bersama, (Maka) pada hari itu,
berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): “Ke manakah hendak
melarikan diri?” Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat
perlindungan! Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya
ketetapan segala perkara.”
.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.
.
.
Khutbah Kedua
الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى خَلَقَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالقَمَرَ نُوْرًا , وَأَشْهَدُ أَنْ لا إِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى عَبْدِكَوَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ فَيَا أَيُّهَا المُؤْمِنُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ.
.
Firman Allah dalam ayat 5 -6 surah Yunus :
هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ ۚ مَا خَلَقَ اللَّهُ ذَٰلِكَ إِلَّا بِالْحَقِّ ۚ يُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ إِنَّ فِي اخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمَا خَلَقَ اللَّهُ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَّقُونَ.
“Dialah
yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan
bercahaya, dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu
(berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya
kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa.”
.
Allah tidak menjadikan semuanya itu
melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah
menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi
kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).
Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada
segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda
(yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang
mahu bertaqwa.
.
إِنَّ اللهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِيِّ يَاأَيُّهَااَّلذِيْنَ آمَنُوْ ا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا اللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وعلى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِي العَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ.
اللّهُمَّ إِنَّا نَسْتَغْفِرُكَ إِنَّكَ غَفَّارًا فَأَرْسِلِ السَّمَآءَ عَلَيْنَا مِدْرَارًا اللّهُمَّ إِنَّا نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تَمْنَعُ غَيْثَ السَّمَآءِ وَ نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تُذِلُّ الأَعِزَّ وَ تُدَلِّلُ الأَعْدَاء, اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِوَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا , اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْعِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَرَبَّنَا لاتُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الوَهَّاب رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ ! إِنَّ اللهَ يَأْمُرُبِالعَدْلِ وَالإ حْسَانِ وَاِيْتَآءِ ذِيْ القُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنْكَرِ وَالبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ فَاذْكُرُوْا اللهَ العَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْا عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكَمْ وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ.
.
.
Perhatian :
Ada ulama’ seperti Syeikh Ali
Syabramallisi yang berpendapat bahawa dibacakan istighfar sebagaimana
Khutbah Sunat Istisqa’ (Minta hujan) iaitu :
اَسْتَغْفِرُ الله َ العَظِيْمَ الذي لاَ اله اِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَـيُّومُ وَاَ تُوْبُ اِلَيْهِ
9 kali pada awal khutbah pertama dan 7 kali pada awal khutbah yang kedua.
.
( Kitab Kasyfu al-Litham jilid 1 )
Tidak ada komentar:
Posting Komentar